Selepas 10 tahun, Proton kembali ke Afrika Selatan

  • Post author:

Pengeluar kereta nasional, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) kini secara rasmi kembali ke Afrika Selatan selepas 10 tahun keluar daripada pasaran negara itu.

Perkembangan itu dimaklumkan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Roslan Abdullah.

Menurut Roslan, pertumbuhan dalam jumlah eksport, penting bagi rancangan perkembangan Proton manakala jualan eksport kekal sebagai bahagian penting dalam rancangan perniagaannya.

“Tatkala syarikat itu terus menuntut semula bahagian pasaran dalam pasaran automotif Malaysia, ia juga perlu mengeksploitasi potensi yang terpendam dalam pasaran antarabangsa untuk menuju ke arah menjadi jenama automotif terkemuka di rantau ini,” katanya dalam satu kenyataan bersama, hari ini.

Roslan berkata, bagi 2022, jualan eksport pada akhir bulan Ogos berjumlah 4,040 unit, meningkat sebanyak 33.9 peratus berbanding dengan jumlah jualan bagi tahun 2021.

“Dengan penambahan Afrika Selatan dalam senarai pasaran eksport, syarikat berharap dapat menamatkan tahun ini dengan peratusan pertumbuhan yang lebih tinggi.

“Proton sedang giat mengembangkan jualan eksport kerana kami percaya ia adalah salah satu tonggak kepada peningkatan jumlah keseluruhan kami dan matlamat kami adalah untuk mencapai 6,000 jualan eksport tahun ini,” ujarnya lagi.

Pelancaran semula jenama yang turut menyaksikan Proton X70 dan Proton X50 membuat penampilan di Afrika Selatan itu, dianjurkan Combined Motor Holdings Ltd (CMH), pengedar rasmi Proton di negara ini.

Baca Juga: Netizen kagum kecekapan pemandu bas, ‘power driver’ dia!

Baca Juga: Pendaki ditemukan selamat, keluar sendiri daripada hutan