Selepas 11 tahun, penduduk terjejas akibat kemusnahan loji tenaga nuklear dibenar pulang

  • Post author:

Selepas 11 tahun, penduduk di Futaba yang terletak di wilayah Fukushima, Jepun dibenarkan pulang.

Pada Mac 2011, mereka dipindahkan dari rumah mereka berikutan insiden kemusnahan di loji tenaga nuklear, Fukushima Dai-Ichi Tokyo Electric Power Co.

Kemusnahan loji nuklear itu akibat hentaman tsunami yang menghanyutkan bandar selepas gempa bumi kuat bermagnitud 9 hingga menyebabkan lebih 20,000 orang mati atau hilang.

Portal The National dipetik Agensi melaporkan, Futaba menarik balik perintah pemindahan untuk beberapa kawasan, pada Selasa lalu.

Bandar itu adalah yang terakhir daripada 11 majlis perbandaran yang mengeluarkan perintah pemindahan selepas bencana berkenaan.

Menjelang 2030, bandar itu menyasarkan mempunyai 2,000 penduduk iaitu kurang 30 peratus daripada populasi asalnya, lapor Japan Times.

Langkah itu dibuat ketika Jepun menunjukkan minat baharu dalam kuasa atom untuk mengimbangi harga minyak dan gas yang lebih tinggi dan kesan nilai mata wang yen yang merosot.

Walaupun loji Fukushima itu sendiri masih tidak boleh beroperasi, paras sinaran di sekitar tapak semakin menurun sejak sedekad lalu.

Ia menyaksikan perintah pemindahan terus ditarik balik untuk bandar-bandar berhampiran.

Namun, Futaba perlu melalui tempoh panjang untuk membina semula bandar itu. Hanya 11 peratus penduduknya mahu pulang ke kampung halaman berdasarkan tinjauan dilakukan tahun lalu.

Baca juga Anak derhaka betul! Sudahlah berhutang sebab judi, hilang begitu saja, ibu bapa pula resah diburu along

Baca juga ‘Sabarlah Kiky, teruskan hidupmu, carilah yang baru’