Selepas 6 hari hilangkan diri, seekor ular tedung kembali ke ‘sarang’

  • Post author:

Seekor ular tedung berbisa yang melarikan diri dari sebuah zoo Sweden enam hari lalu, kembali semula ke tempat ”asalnya’.

Haiwan tersebut dijumpai berada dalam bangunan berhampiran terariumnya, namun ia masih belum ditangkap semula.

Sabtu lepas, ular berbisa itu melarikan diri melalui lampu di siling kandang kacanya di Akuarium Skansen, sebahagian daripada zoo di pulau Djurgarden di Stockholm.

Pengunjung taman yang berada di tempat kejadian telah dipindahkan, dan pihak zoo kemudian menilai bahawa tiada risiko umum untuk pekerja atau pengunjung.

Susulan perkembangan itu, seluruh zoo kekal dibuka untuk lawatan.

Menurut pengurusan taman berkenaan, ia telah menemui reptilia itu semalaman di ruang terkurung berhampiran terariumnya dan kakitangan kini sedang berusaha untuk mendapatkannya.

“Sekiranya ular itu keluar dari bangunan itu, ia tidak akan bertahan dalam iklim sejuk. Reptilia itu baru sahaja berpindah ke terarium berkenaan.

“Nama rasmi ular itu ialah Sir Vass (Sir Hiss), tetapi sejak melarikan diri, ia telah digelar Houdini,” maklum pengurusan taman berkenaan.

Baca Juga: Insiden tikam di pusat beli-belah Milan, pemain bola sepak Sepanyol antara yang tercedera

Baca Juga: “Nanti kakak pula tolong adik masuk syurga ya,” – Netizen sebak tengok adik tolong kakak ‘istimewa’ pakai kasut