Selepas PM bubar Parlimen, ini reaksi dari Istana Negara yang mengejutkan

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa kecewa dengan keadaan semasa politik di Malaysia dan tiada pilihan lain selain memperkenankan permintaan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membubarkan parlimen bagi memulangkan kembali mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang stabil.

Istana Negara dalam kenyataan semalam, memaklumkan Agong telah berkenan menerima menghadap YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob di Istana Negara, pada 9 Oktober 2022.

Dalam sesi menghadap yang tidak berjadual bermula pada jam 12.00 tengah hari itu, YAB Perdana Menteri telah mengemukakan sembah permintaan beliau untuk perkenan Seri Paduka Baginda bagi pembubaran Parlimen ke-14 berkuatkuasa pada 10 Oktober 2022.

Setelah memperhalusi permintaan tersebut, maka Seri Paduka Baginda selaras dengan kuasa-kuasa Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong sepertimana yang termaktub di bawah Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan telah memperkenankan permintaan YAB Perdana Menteri bagi pembubaran Parlimen ke-14.

Justeru, Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan agar Suruhanjaya Pilihan Raya menjalankan Pilihan Raya Umum ke-15 dalam tempoh terdekat dengan mengambil kira Monsun Timur Laut yang diramal bermula pertengahan bulan November 2022.

Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa negara yang kukuh adalah penting bagi menjamin kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi yang berterusan demi kesejahteraan negara dan rakyat, secara keseluruhannya.

Seri Paduka Baginda mengajak rakyat bersama mendoakan agar negara dan rakyat sentiasa dirahmati, diberkati dan dilindungi daripada sebarang bentuk musibah, khususnya bencana banjir.

Baca Juga: PRU-15 kini jadi medan untuk rakyat undi masa depan yang baik atau masa lampau yang buruk

Baca Juga: Duit ada semua boleh jalan? Ini kisah Burj Khalifa dan Jalur Gemilang