‘Selera makhluk asing ni, jangan pelik-pelik boleh tak’

  • Post author:

Ada orang memang berselera menjamah mi segera yang selalu disebut ‘Maggi’ pada waktu petang hari ketika hujan lebat.

Namun, bagi generasi Z yang kreatif, makan Maggi sahaja tidak ada apa-apa nilai menarik untuk dijadikan ‘content’ di media sosial.

Justeru, ada yang ‘melacurkan’ Maggi dengan coklat sekaligus tular sama ada dikecam mahupun menjadi bahan senda gurauan.

“Selera makhluk asing ni. Jangan pelik-pelik boleh tak. 😅

“Boleh kejang usus ni.

“Buat apa makan merapu demi content. Baik makan simple dan best.

“Elok dihukum je la orang yang makan macam ni,” antara seloroh warganet.

Bahkan, ada yang menyarankan supaya ditambah bahan makanan lain seperti susu dan serbuk milo bagi lebih ‘memeriahkan’ hidangan.

“Macam tak cukup korum. Cuba tambah aiskrim strawberi dua scoop, jangan lupa juga tabur kacang,” usik seorang netizen.

Baca juga Disertai hanya dua pasukan bola sepak, liga ini diiktiraf terkecil di dunia 

Baca juga Amalkan baca al-Quran, jangan tinggalkan – Ini pesan Pak Su Mid Kuala Nerang