Selesai bentang senarai Kabinet Kerajaan Perpaduan, Anwar ke Perak untuk menghadap Sultan Perak

Selesai pembentangan senarai kabinet, Datuk Seri Anwar Ibrahim pulang selepas satu jam dilihat memasuki Istana Negara.

Anwar selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana negara pagi tadi dan kenderaan membawa Anwar dilihat keluar dari Pintu Utama Istana Negara kira-kira jam 9.15 pagi.

Difahamkan, beliau telah mempersembahkan senarai jemaah Kabinet Kerajaan Perpaduan bagi mendapat perkenan Al-Sultan Abdullah.

Anwar seterusnya dijadual pulang ke Tambun untuk menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Istana Kinta pada jam 10 pagi ini, selain menghadiri beberapa program bersama rakyat sehingga jam 1 tengah hari nanti.

Baca Juga: Palsu sijil kelayakan perubatan, wanita sempat jadi doktor selama setahun

Baca Juga: Melompat ke lombong sedalam 25 meter – Puchong pernah rekod nahas kapal korek