Siapa menyangka niatnya yang hanya mahu menebang pokok nangka sendiri membawa padah apabila warga emas tersebut meninggal selepas dihempap dahan pokok dan terkena parang yang digunakan.
Kejadian dikatakan berlaku di kawasan depan rumah mangsa Yap Ah Keo, 64 tahun yang terletak di Kampung Paya Rumput, Melaka pada petang Khamis kira-kira 11 pagi.
Satu laporan polis telah dibuat oleh anak lelaki mangsa dan disahkan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit.
Setiba di lokasi, pihak polis mendapati seorang lelaki warga emas telah terbaring di hadapan rumah dalam keadaan berlumuran darah. Hasil siasatan mendapati mangsa menggunakan tangga untuk memotong dahan pokok setinggi 2.1 meter.
Isteri mangsa memaklumkan selepas terjatuh, mangsa masih boleh untuk bangun sebelum menyedari bahagian rusuk kanannya mengalami pendarahan kerana terkena parang berukuran 18cm dan sempat memanggilnya sebelum mencuci luka di paip rumah mereka.
Kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut namun pihak polis telah mengeluarkan Pol 61 setakat ini lapor Kosmo.
Baca Juga: Mahu kejar populariti sampai hina penguat kuasa di TikTok, penganggur ditahan
Baca Juga: Roti canai Malaysia diundi makanan jalanan paling sedap di dunia, kalah pisang goreng