Seolah-olah dekat sangat, Neelofa sebak lihat helaian rambut, capal Rasulullah

Seolah-olah dapat merasa dekat sangat dengan Nabi Muhammad SAW usahawan terkenal Neelofa sebak setelah melihat helaian rambut dan cabal milik Rasulullah.

Beliau kelihatan menyapu air mata berkali-kali sepanjang berada di pameran Persada Johor International Convention Centre.

Menerusi satu video dikongsikan di aplikasi TikTok, menurut Neelofa, dia dapat merasa seolah berada dekat dengan Nabi Muhammad SAW ketika melihat helaian rambut yang dipamerkan.

“Ada helaian rambut, cebisan jubah dan capal Nabi.

“Meremang bulu roma dan rasa ibarat begitu hampir dengan Nabi tercinta.

“Saat melihat helaian rambut Rasulullah saw, Allah bagi rasa seolah nabi saw ada dekat… wahai Allah , teruslah bantu kami untuk terus mendapat kemanisan mencintai Rasulullah saw,” tulisnya.

Perkongsian Neelofa itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut tersentuh hati serta menyifatkan bekas pengacara MeleTOP itu sangat bertuah dapat melihat artifak peninggalan Nabi Muhammad dan sahabat baginda.

Sejak berniqab sepenuhnya, pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot itu aktif melibatkan diri dalam program kerohaniaan dan keagamaan bersama suaminya, Haris Ismail.

Difahamkan, Pertubuhan Kasih Neelofa turut terlibat dalam festival yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor bermula 29 September lalu.

Baca juga:

Roslan Shah bakal bertemu Jamal Abdillah, mahu mohon maaf secara berdepan

Baca juga:

Dua beradik maut – TNB nafi talian terputus daripada tiang