Sepandai-pandai buat pusingan U sebab nak lari daripada polis, akhirnya kena tangkap juga

  • Post author:

Niat menyelamatkan diri daripada polis dengan membuat pusingan U akhirnya bawa padah apabila dia ditahan selepas dikejar polis di persimpangan Jalan Air Manis-Sungai Besar, Sabak Bernam.

Kejadian yang berlaku di antara pukul 11.30 pagi hingga 12 tengah hari semalam melibatkan seorang lelaki tempatan berusia 30-an.

Tular sebelum ini video berdurasi 17 saat yang memaparkan penunggang motosikal itu membuat pusingan U secara berbahaya dan memecut di persimpangan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd. Alias berkata, siasatan dijalankan selepas tular video memaparkan suspek menunggang secara berbahaya dan dikejar kereta peronda polis lapor Utusan.

“Justeru, kita kemudian bertindak menahan lelaki berkenaan bagi membantu siasatan.

“Ujian saringan air kencing ke atas suspek turut didapati positif dadah jenis morfin,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semakan turut mendapati suspek memiliki lima rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

“Selain itu, lelaki berkenaan masih dikehendaki polis melibatkan kesalahan jenayah komersial.

“Polis turut merampas motosikal yang ditunggangnya itu dan didapati tiada sebarang rekod senarai hitam,” ujarnya.

Tambah Agus Salim, kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan iaitu menghalang tugas penjawat awam.

“Siasatan juga dibuka atas kesalahan mengikut Seksyen 42 ( 1 ) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu

“Kes turut disiasat mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 ,” katanya.

Baca Juga: Dua beradik dari Denmark kumpul kad pokemon lebih 32,000 keping

Baca Juga: Isu Kristian- Lebih 23,000 tandatangan petisyen desak GPS tolak PN yang ‘taksub kaum’