Pertama kali merasai penangan jatuh cinta, pelajar perempuan tingkatan dua di Sungai Petani sanggup menyerahkan badannya untuk membuktikan cinta kepada teman lelaki supaya tidak ditinggalkan.
Namun, selepas menyedari dirinya dipermainkan teman lelaki yang dikenali melalui media sosial itu, pelajar terbabit memaklumkan kepada neneknya yang kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, mangsa mendakwa dia mengenali teman lelakinya yang bekerja sebagai pembantu tukang rumah menerusi laman Facebook ketika berada di rumah neneknya pada Februari lalu.
“Laporan polis pelajar itu menyatakan sebulan kemudian (Mac) dia bertemu teman lelakinya yang berusia 19 tahun. Pelajar terbabit turut memaklumkan mereka ada melakukan hubungan seks di rumah neneknya.
“Remaja itu turut mendakwa dia terpaksa mengikut kata-kata teman lelakinya dan melakukan hubungan seks kerana terlalu mencintai lelaki itu dan takut ditinggalkan,” katanya.
Suspek kini dikesan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Baca Juga: Bomba Terengganu kenal pasti 192 ‘hotspot’ banjir
Baca Juga: Jangkaan ekonomi meleset dan Bajet 2023 – Pakar ini takut Malaysia jadi ‘kesan burung unta’