Shiera luah rasa syukur anak terselamat kemalangan bas rempuh treler

  • Post author:

“Anakku dalam bas ini pagi tadi (semalam). Alhamdulillah OK dah ada kat rumah.”

Itu luahan penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah yang bersyukur apabila anak lelakinya, Airell Zulkifly terselamat dalam kemalangan yang melibatkan sebuah bas ekspres dan sebuah treler di Jasin, Melaka.

Pada 3.50 pagi semalam, seramai 16 orang penumpang mengalami kecederaan apabila bas ekspres yang dinaiki merempuh belakang sebuah treler membawa muatan barangan kitar semula.

Kemalangan itu dilaporkan berlaku di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Jasin.

Menurut Shahirah atau lebih dikenali sebagai Shiera, 48, dalam kejadian itu, anak lelakinya duduk di bahagian belakang bas.

Disebabkan itu Airell, 18, hanya mengalami luka kecil termasuk patah gigi dalam kemalangan tersebut.

“Anakku dalam bas ini pagi tadi (semalam). Alhamdulillah okey, sudah ada di rumah.

“Dia tak nak cakap, dia kata bas rosak. Nasib duduk belakang. Mak tidak berhenti doa untuk anak-anak. Allahuakbar,” tulis Shiera dalam Instagramnya.

Menerusi video yang dimuat naik dalam Insta Story Shiera, kelihatan Airell mengalami luka pada wajah termasuk dahi, hidung dan juga kaki.

“Dia takut hendak beritahu. Selidik punya selidik barulah dia beritahu,” ujar Shiera penuh kesyukuran.

Baca Juga: [VIDEO] Penonton bersorak bukan sebab bola masuk gol, tapi…

Baca Juga: Akibat terlalu banyak tengok TV, kanak-kanak ini ‘dihukum’ tonton TV sepanjang malam