Siapa sangka niat mahu berkhemah bersama kekasih berakhir dengan mimpi ngeri buat pasangan kekasih apabila salah seorang daripada mereka maut kerana dipanah petir di wilayah Banten, Jakarta, Jumaat lepas.
Kejadian dikatakan berlaku di sebuah lokasi pelancongan popular di Bukit Waruwangi lapor Tribunnews.
Berdasarkan maklumat yang tular di media sosial, pasangan lelaki dan wanita itu membina khemah di bawah pokok sebelum hujan turun dengan lebat dan disertai petir.
“Menurut keterangan saksi, kira-kira pukul 11.30 pagi (waktu tempatan), mereka terdengar bunyi dentuman petir di sekitar khemah mangsa.
“Apabila menghampiri khemah tersebut, saksi mendapati ia sudah rosak.
“Selepas diperiksa keadaan di dalam khemah, seorang lelaki dan wanita ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam kedudukan terlentang,” kata Ketua Perhubungan Awam Polis Cilegon, Iptu Sigit Dermawan.
Seorang daripada mangsa dilaporkan cedera, manakala seorang lagi maut di tempat kejadian.
Baca Juga: Rugi jadi ‘orang KL’ kalau tak pernah jejak dua taman rekreasi ini
Baca Juga: “Tu bukan topi harry potter nak,” netizen komen kon melekat