SIbuk berpesta, anak saudara El Chapo dibunuh

Pastinya kita tidak akan ramal untuk mati ketika sedang sibuk berpesta namun jika anda terlibat dengan raja dadah Mexico yang berpengaruh, Joaquin ‘El Chapo’ Guzman, pastinya anda mahu memerhatikan sekeliling anda walaupun sedang berhibur.

Anak saudara El Chapo, Edel Guzman Martinez, 36 itu telah ditembak mati pada pagi Khamis lalu seperti yang dilaporkan Daily Star kelmarin.

Seorang anak saudara kepada  ditembak mati pada pagi Khamis lalu, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Martinez dikatakan sedang berpesta di dataran utama di bandar Guadalupe y Calvo, dalam negeri Chihuahua ketika serangan berlaku, dia telah dikejarkan ke hospital tempatan tetapi meninggal dunia tidak lama kemudian kerana kecederaannya.

Sumber menteri dan tentera mengesahkan bahawa mangsa sebenarnya adalah anak saudara kepada El Chapo yang merupakan rajah dadah dan ketua Kartel Sinola sehingga penahanannya pada 2016.

Beberapa jam selepas Martinez dibunuh, Agensi Penyiasatan Negeri menerima laporan mengenai penemuan satu lagi mayat di bandar sama.

Lelaki tidak dikenali itu dikatakan berusia antara 25 hingga 30 tahun. Mangsa ditemui dengan kesan tikaman pada lehernya, demikian menurut blog berita, Borderland Beat. – AGENSI

Baca Juga: Pemandu trak tak sedar masuk kawasan kubur lepas tumpangkan dua wanita cantik

Baca Juga: Sajat dihalau balik Australia visa ke Singapura tak lulus, sedih tak dapat jumpa anak