Sibuk persiapkan diri untuk sukan tahunan sekolah, budak lelaki maut dihempap palang gol

  • Post author:

Sedang sibuk menyiapkan diri untuk sukan tahunan sekolah, murid darjah lima maut dihempap palang gol. Kejadian berlaku di Pekan Manggatal, Kota Kinabalu, semalam.

Semalam, terdapat satu rakaman video kejadian berdurasi 14 saat yang memaparkan kanak-kanak terbabit diangkat menggunakan pengusung oleh pasukan perubatan tular di media sosial.

Dalam kejadian 12.20 tengah hari, mangsa lelaki berusia 11 tahun terbabit disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Likas, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dihempap besi palang gol ketika aktiviti sukan tahunan sekolah di padang berkenaan.

“Kejadian disedari oleh bapa mangsa dan juga guru yang bertindak menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan segera.

“Mangsa kemudian dihantar ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Zaidi berkata, siasatan di lokasi kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR), namun siasatan lanjut masih dijalankan.

Baca Juga: ‘Sikap’ dimiliki Fazura buat netizen rasa tersentuh hati

Baca Juga: Peniaga boleh lega, KPDNHEP beri jaminan bekalan telur di seluruh negara akan pulih bulan ini