Pastinya ramai yang membeli emas untuk dijadikan pelaburan masa hadapan, manalah tahu kalau ekonomi merudum sekurangnya ada emas untuk digadai. Disebabkan itu Ifa Raziah lebih memilih emas dan bukannya tas tangan berjenama.
Ifa mengaku terharu apabila suami tersayang menghadiakan set barangan kemas sempena sambutan hari lahir ke-47 lapor Utusan.
“Hadiah paling bermakna tahun ini daripada suami. Dia ada bertanya sama ada saya mahu tas tangan jenama kegemaran, tetapi apabila difikirkan, saya sudah ada terlalu banyak beg.
“Saya terfikir untuk membuat pelaburan pula demi masa depan. Jadi, suami hadiahkan set barang kemas bernilai RM100,000.10.
“Dia yang pilih rekaan sebagai simbolik cintanya terhadap saya. Bagi saya, emas ini untuk simpanan masa depan kerana kita tidak tahu bagaimana nanti situasi ekonomi. Jadi, lebih baik saya simpan emas sebagai persediaan,” katanya.
Tak bimbang memakai barang kemas yang besar kerana mempunyai pengawal keselamatan dan Ifa sendiri mengaku hanya memakai ketika acara berlansung dan membukanya untuk disimpan semula.
“Saya akan pakai ikut waktu dan acara yang bersesuaian, bukan untuk kegunaan harian. Selalunya, untuk gaya harian, saya pilih barang kemas yang kecil dan sederhana.
“Barang kemas yang besar ini hanya digayakan ketika menghadiri majlis. Selesai acara, saya akan buka dan simpan semula.
“Saya tidak bimbang kerana ada beberapa pengawal peribadi untuk memastikan keselamatan,” ujarnya.
Baca Juga: Terima jambangan bunga, Nasha Aziz mengaku ada orang istimewa
Baca Juga: Kes ugut rider sebab lambat hantar makanan: Kakitangan IPT swasta dikenakan tindakan disiplin