Suara emas dimiliki lelaki ini buat netizen sebak, sampai ada cadangkan komposer ambil dia jadi penyanyi

  • Post author:

Siapa sangka seorang lelaki yang kelihatan kurang sihat mampu menyanyi lagu umpama penyanyi sebenar.

Menerusi halaman TikTok, tular satu video menunjukkan seorang lelaki menyanyikan lagu berjudul Rinduku Tiada Berteman dipopularkan Jelmol.

Rata-rata, netizen simpati terhadap lelaki itu dan berharap akan ada pihak yang membantunya keluar daripada kegelapan.

“Nyanyian abg ni bagaikn ada maksud tersirat yg berlaku ats dirinya. Smoga abg sntiasa brada dlm rahmat dan redha Allah stiap saat,”

“Aku suka borak2 ngan org2 mcm diorg.bru aku tau diorg sbnrnya lg mulia dr aku..,”

“Padu suara dia.. menyanyi dengan penuh perasaan.. di sebalik lagu itu msti ada kisah yg perit ditanggung,”.

Malah, ada juga pengguna laman maya yang mencadangkan agar penyanyi dan komposer, Harry Khalifah mencungkil bakat lelaki itu.

“@Apak, abang apak bole ambik die jadi penyanyi!,” demikian cadang seorang netizen.

Setakat ini, video tersebut telah mendapat 1.5 juta tontonan, 134.8 ribu tanda suka dan 7,459 perkongsian.

Baca Juga: Dua beradik dari Denmark kumpul kad pokemon lebih 32,000 keping

Baca Juga: Kerusi PM 10 masih kosong, Anwar sahkan belum ada keputusan daripada Agong