Tidak dapat digambarkan rasa sakit dan sedih kehilangan orang tersayang apatah lagi selamanya. Seorang wanita masih lagi terkenang nota yang ibunya tinggal walaupun sudah meninggal 6 bulan.
Walaupun ciapan tersebut dimuat naik pada Mai lalu, netizen memaklumkan wanita tersebut tidak sempat membaca nota yang ditinggalkan oleh ibunya mengenai kelengkapan yang sudah tersedia itu.
“Hujung minggu ni balik Kedah, kemas-kemas barang arwah mak kami jumpa ni…maaf mak sebelum ni kami tak jumpa beg ini, Al-Fatihah untuk arwah,” katanya melalui catatan di Facebook miliknya.
Lebih meruntun jiwa, pesanan yang ditinggalkan ibu wanita tersebut memberi kesan mendalam terhadap Nor Azuana sekeluarga.
“Pohon tanam jenazah mak secepat mungkin, tidak perlu tunggu sesiapa,” antara pesanan yang ditinggalkan oleh ibunya.
Rata-rata netizen menzahirkan rasa sedih melalui ciapan itu dengan mendoakan kesejahteraan arwah dan sekeluarga lapor Kosmo.
“Sebak bacanya, semoga arwah ibu bapa kita yang telah pergi diampunkan segala dosanya dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman,” ujar netizen.
“Allahuakhbar, sangat teliti mak buat nota, semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang solihin,” kata netizen lain.
Selasa lalu, Nor Azuana memuat naik ciapan mengucap ribuan terima kasih kepada orang ramai yang masih mengingati nota terakhir yang ditinggalkan oleh ibunya.
“Masih lagi diviralkan walaupun mak sudah meninggal dunia dekat enam bulan, Al-Fatihah buat mak tercinta,” katanya.
Baca Juga: Tiada parti menang majoriti, kerajaan gabungan bakal muncul
Baca Juga: PH akan bentuk kerajaan selepas capai kerjasama dan lepasi 112