Suka makan ikan bakar, banyak makan sayur direbus – Ini gaya pemakanan lelaki tertua di Malaysia

  • Post author:

Suka makan ikan ‘pansuh’ iaitu ikan yang dibakar dalam buluh dan banyak makan sayur direbus seperti labu merupakan gaya pemakanan lelaki tertua di Malaysia, Seliman Bandang.

Petani yang berusia 111 tahun diiktiraf Malaysia Book of Records (MBR) tahun lalu sebagai lelaki tertua di negara ini juga lazimnya tidur pada 9 malam dan bangun 7.30 pagi setiap hari.

Beliau yang berasal dari Tenggalat, Saratok ini bersarapan dengan meminum teh, kadang-kadang susu bersama roti.

Selain pemakanan seimbang, Seliman yang dilahirkan pada 21 Mac 1910 itu juga selalu berfikiran positif dan menjalani kehidupan harian tanpa tekanan.

Cucunya, Micheal Bandang Tinggai, 24, dilapor memberitahu isteri datuknya itu sudah meninggal dunia pada 1983.

“Mereka mengambil dua anak angkat dan hasil perkahwinan dua anak angkat itu, mereka mempunyai sembilan cucu dan 13 cicit.

“Tiada lain dapat menggembirakan datuk apabila dapat melihat cucu cicitnya membesar,” ujarnya lagi, dipetik Harian Metro. 

Baca juga Bermula dari hanya baiki kipas, kini dah ada premis kedai kedua! – Graduan lama menganggur wajib baca!

Baca juga Elak kena ‘reject’ lagi? Ini 7 tips badan sihat, capai berat badan unggul