Pemergian Bob Lokman pastinya mengejutkan industri hiburan kerana sumbangannya yang besar, baik bidang muzik, drama mahupun filem. Kehilangannya pastinya dirasai terutamanya buat sahabat baiknya, Sabri Yunus.
“Saya kehilangan seorang sahabat baik. Banyak sumbangannya kepada industri.
“Terlalu banyak kebaikan dalam diri arwah. Meskipun lama menghilang dari dunia seni, dia tetap ada untuk kawan-kawan satu industri,” katanya.
Bob atau nama sebenarnya, Mohd. Hakim Lokman, 58, meninggal dunia di kampung halamannya di Kubang Kerian, Kelantan, akibat komplikasi jantung pukul 3 petang tadi.
Sabri memaklumkan, dia kali terakhir bertemu arwah pada musim Aidilfitri lalu.
“Saya ada melawat arwah di kampungnya di Kubang Kerian. Arwah sebelum ini pernah berkali-kali menyebut, mungkin hayatnya tidak lama,” jelasnya.
Baca Juga: Bob Lokman meninggal dunia pada usia 58 tahun
Baca Juga: Momen aksi Syihan Hazmi selamatkan gawang Malaysia tular, dipuji penonton luar negara