Syafinaz kongsi petua awet muda, akui dari usia 16 tahun lagi dah habiskan masa, duit untuk jaga muka

Walaupun usia sudah hampir mencecah 50 tahun, Datuk Syafinaz Selamat masih kelihatan muda dan tidak dimamah usia. Kulitnya yang cantik menyebabkan ada yang membuat spekulasi dia melakukan pembedahan plastik.

Penyanyi itu bagaimanapun menafikan dan menyatakan dia tidak pernah melakukan sebarang pembedahan plastik ke atas mukanya. Tambahnya lagi, dia seorang yang memandang berat tentang kesihatan dan penjagaan kulit.

Habiskan masa dan wang untuk kulit cantik

“Saya memang mula menjaga kulit muka di usia awal iaitu semenjak 16 tahun lagi. Sebenarnya, kulit saya agak sensitif dan oleh sebab itu, saya lebih banyak menghabiskan masa dan wang untuk memastikan kulit saya dalam keadaan baik.”

Menerusi laporan Gempak, Syafinaz bersyukur mempunyai kulit yang sihat pada usianya yang sekarang. Syafinaz turut sempat berkongsi ‘skincare’ yang digunakan untuk memastikan kulitnya sentiasa bersih dan sihat.

Menurutnya, ‘mask’ muka menjadi rutin hariannya dan Syafinaz menyatakan bahawa dia mempunyai lebih daripada 10 jenis ‘mask’. Selain mask, dia juga sentiasa mengambil dua gelas air kosong setiap pagi setelah bangun dari tidur.

Walapun nampak senang, namun penjagaan kulit muka memakan kos yang amat tinggi tanpa kita sedari. Satu set produk muka boleh mencecah beratus ringgit tanpa disedari. Jika mahu kulit cantik maka duit tidak boleh menjadi masalah.

Baca Juga: Cipta pengering kasut, persembahan kumpulan adik ini kagumkan netizen

Baca Juga: ‘Ini tugas kami sebagai orang dewasa’, PU Rahmat tawar peguam pro bono untuk si kakak tertikam adik