Syafiq Kyle dan Mimi Lana kembali bersama, bakal berkahwin tahun depan

  • Post author:

Betul kata orang, kalau sudah jodoh pastinya tak kemana. Pelakon Syafiq Kyle dan Mimi Lana dikatakan menyambung semula percintaan mereka yang terputus di tengah jalan pada tahun 2020.

Tidak hanya menyambung percintaan, Syafiq, 30, dikatakan sudah bersedia untuk bergelar seorang suami pada majlis nikah yang dijangka berlansung pada tahun depan.

“Sebenarnya, saya sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga pada usia begini.

“Mungkin kami tidak akan adakan majlis pertunangan kerana saya mahu terus bernikah dan melunaskan perkara wajib seperti yang dituntut agama,” katanya.

Dalam pada itu, dia turut menafikan khabar angin yang mengatakan mereka bakal bernikah sekitar akhir tahun ini kerana masih belum selesai persiapan untuk menghalalkan kekasihnya.

“Bagaimana nak nikah pada hujung tahun jika tiada persiapan dilakukan? Saya belum ‘tempah’ tok kadi pun untuk majlis tersebut.

“Setakat ini kami masih ada tarikh yang tetap kerana perlu menyelesaikan beberapa komitmen kerjaya seni terlebih dahulu.

“Insya-Allah, kami tidak akan berahsia apabila tarikh sudah ditetapkan nanti,” ujarnya.

Baca Juga: Terima jambangan bunga, Nasha Aziz mengaku ada orang istimewa

Baca Juga: Halang hobi anak, ibu bapa bertindak bakar koleksi gambar artis K-pop- Adakah ia keterlaluan?