Tahniah Abang Viva dan isteri, netizen kata lepas ni bolehlah naik bot berdua

  • Post author:

Azwan Omar atau Abang Viva, nama yang pernah meniti di bibir masyarakat di negara ini kerana sikapnya yang suka membantu mangsa banjir walaupun hanya berbekalkan RM50!

Namun hari ini, pemilik nama berkenaan kembali menjadi sebutan apabila jejaka berusia 30 tahun itu selamat bergelar suami kepada Evanoza.

Mengenakan pakaian serba putih bersama isterinya, gambar pasangan ini sememangnya mencuri tumpuan netizen pada hari ini.

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada pasangan ini, dan ada juga warga maya yang mengusik Abang Viva ni dengan komen-komen mereka.

“Lepas ni nek bot mesti berdua la kn haha..apa2 pn selamat pengantin bru pd hero rakyat nie..moga bahagia till jannah,”

Ooo..tahniah abg viva..senyap2 tiba bunyi kawin dah

Apa pun, kami warga TML mengucapkan tahniah, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat untuk Abang Viva dan isterinya.

Baca Juga: Piala AFC: Hodak harap kemenangan dilakar anak buah

Baca Juga: Sibuk persiapkan diri untuk sukan tahunan sekolah, budak lelaki maut dihempap palang gol