Tak berdaya lepas kemalangan, lelaki terpaksa minta tolong adik hantarkan makanan kepada pelanggan

  • Post author:

Menjalankan tanggungjawab amatlah penting terutamanya buat penghantar makanan, namun sebagai manusia biasa pastinya kita akan merasa lelah apatah lagi selepas mengalami kemalangan.

Seorang lelaki yang memakai baju GrabFood kelihatan letih selepas dikatakan kemalangan dihampiri lelaki berbaju hitam yang dirakam oleh adik mereka sendiri.

Walaupun yang berbaju hitam kelihatan tidak berpuas hati, dia masih membantu abangnya untuk membuat penghantaran makanan tersebut.

Menerusi hantran TikTok milik Hanis (@Hanisx), dia memaklumkan dua lelaki tersebut adalah abangnya, abangnya yang lebih tua meminta tolong abang keduanya untuk menghantar makanan kepada pelanggan kerana dia sudah kepenatan.

“Sebenarnya dua-dua tu abang aku, si abang suruh si adik pergi hantar order pelanggan dekat kawasan tu sebab dia dah tak boleh jalan dah, si adik ni pun kerja Grabfood juga.”

 

Tindakannya itu mendapat pujian netizen kerana memikirkan jalan untuk selesaikan amanah walaupun dalam keadaan yang tidak bermaya kerana masih memikirkan orang lain.

“Dia tak fikir diri dia tapi masih fikirkan orang lain. Itu amanah bagi diri dia, semoga dipermudahkan segala urusannya,” komen netizen.

Tak berdaya lepas kemalangan, lelaki terpaksa minta tolong adik

Ada netizen turut berkongsi pengalaman yang hampir sama dengan abang Grabfood tersebut.

“Macam suami saya, kemalangan kena langgar belakang. Phone pecah kena gilis tapi sempat balik rumah untuk pinjam phone sebab tengah ada order,” komen Ain.

“Pernah juga hantar Foodpanda, last order dah tiba-tiba moto tak boleh start, terpaksa la hantar bengkel nasib baik ada orang tumpangkan sebab nampak berjalan pergi rumah pelanggan,” komen Azri Ahmad.

Baca Juga: Fuh! Wanita ni hantar pesanan makanan sejauh 30,000 kilometer, dari mana ke mana?

Baca Juga: Pemimpin Tunisia, Rashed ucap tahniah pada HARAPAN selepas muncul unggul pada PRU15