Baru-baru ini Singapura memansuhkan seksyen 377A yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun terhadap kesalahan seks sesama lelaki. Kini perdana menteri Singapura mahu memansuhkan larangan perkahwinan pula.
Namun pengumuman Perdana Menteri Lee Hsien Loong itu tidak meliputi seks antara wanita. Kerajaan Singapura juga bakal meminda perlembagaan yang bertujuan supaya hak mentakrifkan perkahwinan berada di bawah kuasa Parlimen dan bukannya mahkamah.
“Hakim mentafsir dan menggunakan undang-undang. Mereka tidak mempunyai kepakaran atau mandat untuk menyelesaikan persoalan politik, mahupun peraturan mengenai norma dan nilai sosial,” kata Hsien Loong.
Reaksi terhadap kenyataan Hsien Loong mengenai pemansuhan undang-undang itu adalah bercampur baur dengan sebilangan memujinya sebagai ‘langkah berani’, manakala yang lain berkata, mereka sedih dengan keputusan tersebut.
Langkan meminda perlembagaan itu dijangka tidak berdepan halangan kerana parti pemerintah, Parti Tindakan Rakyat (PAP) mempunyai majoriti lebih dua pertiga di Parlimen.
Tan berkata, tindakan melindungi definisi perkahwinan sedia ada adalah langkah mundur. – AFP