Belum habis lagi satu kontoversi yang melibatkan Perdana Menteri Finland, Sanna Marin, kini isu gambar tak senonoh yang dirakam di dalam kediamannya pula tersebar hingga cetus kontroversi baru.
Marin kemudian memohon maaf kelmarin berhubung gambar menghairahkan yang menunjukkan dua wanita sedang bercium, dan dada terdedah tetapi payudara tertutup dengan slogan bertulis Finland
Beliau mengesahkan kelmarin bahawa gambar itu dirakam di kediaman rasminya di Kesaranta, selepas dia menghadiri festival muzik yang berlangsung pada 8 hingga 10 Julai lalu.
“Saya rasa gambar ini tidak sesuai, saya minta maaf untuk itu. Gambar seperti ini tidak sepatutnya dirakam,” kata Marin kepada pemberita di Helsinki.
Katanya, beliau mempunyai ‘kawan’ di kediamannya pada masa itu. Mereka bersantai pada ‘waktu petang’ dan ‘pergi ke sauna’.
Gambar itu pertama kali muatnaik dalam aplikasi TikTok oleh bekas peserta ratu cantik Miss Finland dan pesohor media sosial. Dia turut muncul dalam foto tersebut. – AFP