Setiap negara mempunyai proses penapisan mengikut garis panduan yang berbeza, buat penerbit filem Talbis Iblis, Gayatri Sulin Pillai, dia menghormati keputusan kerajaan Brunei yang mengharamkan tayangan filem terbabit di negara mereka.
Gayatri yang mewakili Infinitus Gold, berkata, mereka akur dengan keputusan ini dan menghormati keputusan yang telah dilakukan.
“Kami menghormati keputusan ini dan percaya ia dibuat mengikut kriteria penapisan filem di Brunei yang sudah ditetapkan.
“Setiap negara mempunyai peraturan dan kriteria serta garis panduan yang sudah ditetapkan. Jadi, ada beberapa elemen yang terkandung dalam filem tidak memenuhi kriteria terbabit,” katanya kepada Harian Metro.
Talbis Iblis mengisahkan tentang seorang gadis, Hajar yang dihantar ke satu tempat jauh dari ibu kota bagi melahirkan bayinya secara rahsia.
Seorang bidan, Mak Ju telah menjaga Hajar sebelum dan selepas bersalin, namun hakikatnya mempunyai agenda tersendiri.
Difahamkan, naskhah sentuhan Kabir Bhatia ini dikatakan menjadi filem Malaysia pertama yang diharamkan di Brunei, tahun ini.
Baca Juga: Pakai jam tangan harga RM89,000, netizen puji Jep sebab tak tunjuk kekayaan
Baca Juga: Selepas 99 budak maut, ubat sirap perosak buah pinggang ini dilarang jual