Tak mahu publisiti murahan, Wafariena tak selesa dengan pengakuan Iqbal

  • Post author:

Hanya disebabkan gambar bersama, netizen mula menjodohkan usahawan Iqbal Zulkefli dengan pelakon yang sedang meningkat naik, Wafariena Roslan. Pelakon tersebut bagaimanapun mengaku tidak selesa dengan pengakuan Iqbal yang dilihat terlalu tiba-tiba.

Memetik Kosmo, bagaimanapun perkara itu membuatkan Wafariena tidak selesa dengan pengakuan Iqbal yang mahu mendekati dirinya. Wafariena pada mulanya menganggap ia hanya usikan nakal namun cerita mula timbul dan dimuat naik dalam portal hingga menyebabkannya bersuara.

“Sejujurnya saya tidak ambil pusing kerana menyangka perkara itu usikan nakal saja disebabkan kami berlakon bersama-sama, tetapi apabila cerita serupa ‘dinaikkan’ dalam beberapa portal dan blog, saya kena bersuara.

“Saya tertanya-tanya motif dia berbuat demikian memandangkan sepanjang empat hari di lokasi penggambaran, komunikasi kami macam biasa, begitu juga dengan pelakon lain termasuk Nami dan Along Cham,” katanya.

Tak mahu publisiti murahan

Menurut Wafariena lagi, dia tidak mahu pendekatan Iqbal itu mengaitkan dirinya dengan publisiti murahan kononnya mahu mahu menarik perhatian lelaki di tempat kerja.

“Memang tak seronok dengar spekulasi begini sebab saya ke Kelantan untuk cari rezeki dalam keadaan diri yang belum sembuh sepenuhnya selepas insiden kecederaan di sebuah set lain.

“Nanti disangka saya masuk set sebab nak tarik perhatian lelaki atau berpakat menjaja cerita kosong semata-mata mencari publisiti murahan,” katanya.

Baca Juga: Ambil ubat bipolar, Selena Gomez berdepan risiko sukar dapatkan cahaya mata

Baca Juga: Kes komunikasi sumbang: Usahawan kosmetik ini akan didakwa