Tak mahu tempat kedua, gelagat adik ini cuit hati netizen

  • Post author:

Comel!

Itu gelagat ditunjukkan seorang kanak-kanak perempuan apabila dia hanya berpeluk tubuh dan tidak mahu dikalungkan pingat kerana mendapat tempat kedua dalam kejohanan taekwondo.

Aksi tersebut dirakam ketika berlangsung Kejohanan Taekwondo 1000 Liga Manjung 2022, di Manjung, Perak.

Apa yang menggelikan hati netizen adalah apabila kanak-kanak itu turut menghentakkan kakinya sambil menunjukkan podium tempat pertama, seolah-olah memberi bayangan mahu berdiri di situ.

Disebabkan telatahnya yang comel itu, seorang lelaki terpaksa pergi ke arah kanak-kanak itu dan memegangnya supaya pingat itu dapat dikalungkan.

Meninjau di ruangan komen, seorang netizen secara berseloroh menyifatkan, tidak semua benda yang kita nak dalam hidup, kita akan dapat.

Seorang lagi pengguna laman maya turut mendoakan agar kanak-kanak itu menjadi juara satu hari nanti.

“InsyaAllah besar nanti jadi juara masuk Olimpik,” kata netizen itu.

Baca Juga: Jangan buat sebarang spekulasi kehilangan Rosnazirah – Polis

Baca Juga: Ambulans lambat sampai, mangsa kemalangan dihantar guna jengkaut ke hospital