“Banyak pula duit syiling ni, kalau tukar mesti dapat beratus-ratus ringgit! Tapi nak tukar di kedai malas pula”. Pernah tak anda terfikir seperti ini?
Jangan tidak tahu, sebenarnya negara kita dah lama menyediakan kemudahan mesin untuk menukar duit syiling. Tetapi ramai yang tidak tahu kewujudan mesin ini yang dikenali sebagai mesin deposit syiling.
Jika ada yang pernah dengar tentang mesin deposit syiling tetapi tidak pernah menggunakannya, anda wajib cuba dan selepas itu bolehlah berkongsi pengalaman menggunakan mesin ini kepada rakan-rakan.
Tetapi persoalannya, dekat mana ada mesin deposit syiling ni? Bukan semua tempat ada ya!
Kalau nak tahu bagaimana cara tukar duit syiling dan di mana bank yang menyediakan kemudahan ini, ikuti perkongsian dari seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Anan Adli.
Assalamualaikum! Saya nak kongsi tentang mesin deposit syiling. Korang ada banyak syiling tak kat rumah? Dalam tabung ke, dalam bekas ke. Kalau ada, korang boleh masukkan syiling-syiling tersebut ke dalam mesin deposit syiling.
Mungkin ada yang tak tahu lagi kan. Mudah sangat! Ok yang ini saya kongsikan menggunakan Maybank ye. Bank lain saya tak cuba lagi.
Ini langkah-langkah dia:
1. Pergi ke cawangan yang ada mesin ni. Tak semua cawangan Maybank ada. Utk cawangan yang ada mesin ni, anda boleh rujuk kat bawah nanti.
2. Masukkan syiling anda. Tak perlu asingkan pun duit syiling tu. Mesin ni intelligent untuk asingkan setiap syiling. Hehe. Syiling yang diterima ialah 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Duit baru dan lama dia terima. Tapi duit negara lain dia tak terima tau.
3. Tekan butang ‘A’ untuk start. Mesin akan start masukkan syiling. Setelah seketika mesin akan stop. Tekan balik butang ‘A’ untuk continue. Duit-duit yang tak diterima ketika itu akan dimasukkan ke bahagian bawah mesin. Ambil dan cuba masukkan balik.
4. Setelah selesai, tekan butang ‘B’. Mesin akan keluarkan 2 resit. Satu untuk anda simpan, satu lagi pihak bank akan ambil. Anda kena isikan nama, nombor akaun dan juga nombor telefon.
5. Tunjukkan resit tersebut kat kaunter khidmat pelanggan. Anda akan diberikan form untuk diisi. Isi nama, nombor akaun dan jumlah wang syiling yang dah dideposit tadi.
6. Beri form dan resit tersebut ke kaunter khidmat pelanggan. Siap! Wang anda akan masuk ke akaun petang nanti (kalau pergi pagi lah)
Sedikit info dan peringatan:
Sebelum pergi, cuba telefon dulu cawangan tersebut untuk check availaibility of the machine. Kot-kot tengah maintenance ke kan. Kot-kot dah tak ada ke kan. Buang masa je datang.
Waktu operasi bank ialah 9.15am – 4.30pm. Mesin ni ikut waktu operasi bank. Dia bukan macam cash deposit machine macam biasa tu. Sebab resit tu kena bagi balik kat kaunter khidmat pelanggan.
Resit tu valid satu hari je tau. Lepas dapat resit kat machine, terus ke kaunter khidmat pelanggan. Jangan gatal pegi esok pula. Haha.
Kira betul-betul jumlah syiling tu. Make sure jumlah sama dengan yang dikira di mesin.
Maybank Coin Deposit Machine: (list diambil dari website M2U)
Post Views: 503