Tak pernah bersanding masa perkahwinan pertama, Mas Idayu syukur terima banyak tajaan untuk perkahwinan kali ini

  • Post author:

Mas Idayu akui teruja untuk perkahwinan kali keduanya setelah lama memikul tanggungjawab sebagai ibu tunggal. Dia sendiri mengakui kali ini terasa berlainan jika mahu dibandingkan dengan perkahwinan pertama.

Zaman dahulu dikatakan tidak mempunya pra perkahwinan mahupun majlis sanding, jadi dia menganggap ini adalah pengalaman baru dan merasa seperti perkahwinan untuk kali pertama.

Mas Idayu atau nama sebenarnya, Masidayu Mesnun berkata, dia tidak mahu memikirkan soal jumlah tajaan, sebaliknya dia memanjat rasa syukur kepada rezeki kurniaan Tuhan.

“Saya tak terlalu fikir soal jumlah tajaan. Apapun, saya bersyukur atas rezeki kurniaan Tuhan.

“Apa yang lebih saya fikir ialah kehidupan dan tanggungjawab selepas berkahwin. Selepas sekian lama tiada teman hidup dan tak percaya ikatan perkahwinan, akhirnya Allah buka hati saya.

“Saya pun tak sangka soal perkahwinan jadi tular apabila Sufian memuatkan hantaran kami berbuka puasa dalam IG. Saya ini bukanlah siapa-siapa,” katanya kepada BH Online.

Majlis kahwin dapat tajaan RM7 juta

Penyanyi dangdut sensasi, Mas Idayu, 50, mendedahkan majlis perkahwinannya dan Penerbit Eksekutif di stesen TV3, Muhammad Sufian Che Isa, 51, mendapat tajaan mencecah RM7 juta.

Memilih Hari Malaysia pada 16 September ini sebagai detik bersejarah, acara akad nikah dan majlis resepsi bakal berlangsung di Magica Quill City Mall.

Bakal cipta rekod baru

Lebih mengujakan, majlis resepsi bertemakan dongeng dan fantasi bakal mencipta rekod Malaysia Book Of Records.

“Sejujurnya, saya tidak menyangka perkahwinan kali kedua dikurniakan rezeki tajaan dianggarkan mencecah RM7 juta berbentuk barang kemas, tajaan lokasi dan busana perkahwinan.

Baca Juga: Che Ta tak kisah orang tegur muka nampak kedut, yang penting rambut masih tiada uban

Baca Juga: 3 langkah ikhtiar yang perlu dibuat elak duit dari akaun CIMB hilang