Tak pernah ‘miss’ tengok perlawanan JDT di stadium, hasrat 4 sahabat tak kesampaian

  • Post author:

Suasana menonton bola di rumah dan di stadium amatlah berbeza, jadi buat peminat setia bola pastinya mereka akan berusaha untuk mendapatkan tempat di Stadium. Namun buat emapt sahabat ini hasrat mereka tak kesampaian.

Mereka sepatutnya menyaksikan pasukan kesayangan, JDT beraksi menentang Borussia Dortmund namun terlibat dalam kemalagan di Kilometer 15, Jalan Kluang-Teck Wah Heng, petang kelmarin.

Lebih memilukan, tiga daripada mereka iaitu Mohammad Khairil Rosli, 17, Muhammad Haziq Haiqal Mohd. Faizal, 20, dan Ariffudin Khairum Ab. Ghafar, 21, maut dalam kemala­ngan pada pukul 4.29 petang itu.

Seorang lagi, Muhammad Haziq Kamarul Azhar, 17, me­ngalami kecederaan dalaman dan masih trauma.

Kereta dinaiki empat sahabat itu dikatakan hilang kawalan sebelum memassuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah van yang dinaiki lima sekeluarga.

Tak pernah miss lihat JDT beraksi di stadium

Ayah kepada Mohammad Khairil, Rosli Mohd. Ali, 50, memberitahu, anaknya keluar rumah kira-kira pukul 1 petang untuk makan tengah hari sebelum bergerak ke Johor Bahru.

Anak ketiga daripada lima beradik itu tidak pernah ketinggalan pergi ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI) setiap kali perlawanan bola sepak melibatkan pasukan JDT.

Cari duit saku untuk beli tiket

Kata Rosli, walaupun masih bersekolah dalam tingkatan lima di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Intan, dia tetap mempunyai duit untuk menyaksikan perlawanan bola sepak lapor Utusan.

“Ini kerana sikapnya yang tidak suka duduk diam dan mencari wang saku dengan me­lakukan beberapa kerja sambilan seperti bekerja di kedai gunting selepas tamat waktu persekolahan.

“Walau bagaimanapun, seminggu terakhir ini dia lebih gemar berada di rumah, malah meminta dipasangkan langsir dan lampu untuk memudahkannya membuat kerja menggunting rambut rakan-rakan sekolah seolah-olah tidak mahu berjauhan dengan ahli keluarga.”

Baca Juga: Lelaki ini nekad berhenti kerja sebab nak tengok World Cup Qatar katanya…

Baca Juga: Baru nak puji rumput cantik menghijau, sekali pemilik beritahu rupanya dah seminggu banjir termenung