Tak puas hati dilarang beli VR, kanak-kanak 10 tahun tembak ibu sebelum beli mainan secara atas talian

Bila selalu dituruti permintaan anak, inilah yang terjadi apabila permintaan mereka ditolak. Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun tidak sengaja membunuh ibunya dengan menembak selepas dilarang membeli set virtual reality (VR) secara atas talian.

Kanak-kanak tersebut meluahkan rasa kecewa terhadap ibunya kepada polis. Kejadian tersebut dikatakan berlaku pada jam 6:50 pagi waktu tempatan pada 21 November lalu di Wisconsin, Amerika Syarikat.

Tetap beli walaupun ibu dah mati

Mungkin tidak memahami situasi yang ibunya sudah tidak bernyawa, kanak-kanak tersebut tetap membeli Alat Dengar VR menggunakan akaun ibunya lapor NBC News.

Lebih menyedihkan,tanpa rasa bersalah kanak-kanak itu sempat bertanyakan kepada neneknya sama ada bungkusan yang dibelinya sudah sampai atau tidak.

Mangsa yang dikenal pasti sebagai Quiana Mann, 44 tahun, mati ditembak pada jarak dekat dan peluru tersebut menembusi mata kanannya sebelum tembus ke bahagian belakang kepala.

Baca Juga: ‘Tu kalau mengantuk boleh buat bantal’ – Netizen terhibur bapa beli span besar suruh anak berjimat

Baca Juga: ‘Harga barang naik menggila, gaji tak naik-naik’