Hanya kerana bekas teman lelaki tidak mengangkat telefon lepas bergaduh, seorang remaja berusia 17 tahun maut lepas nekad terjun tingkat lima dalam kejadian di Flat Blok F, Taman Pulai Utama, pada Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Assisten Komisoner Rahmat Ariffin berkata, kejadian pada pukul 5.45 petang itu melibatkan mangsa seorang gadis yang dikatakan sedang bermain telefon sebelum kejadian berlaku.
“Gadis berkenaan ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di tingkat bawah blok perumahan tersebut, manakala seorang saksi memberitahu dia melihat gadis berkenaan `bermain’ telefon di tingkat lima.
“Tidak lama kemudian, saksi terdengar bunyi sesuatu terjatuh sebelum mendapati gadis berkenaan sudah terbaring di atas lantai, saksi kemudiannya memanggil polis,” katanya.
Puncanya dikatakan akibat bergaduh dengan teman lelaki yang mahu memutuskan hubungan mereka lapor Kosmo.
“Difahamkan, sebelum kejadian tersebut, gadis itu cuba menghubungi bekas teman lelakinya namun tidak dijawab.
“Pemerhatian awal terhadap tubuh mangsa mendapati terdapat kecederaan parah di bahagian kepala akibat terhentak ke lantai simen daripada ketinggian,” ujarnya.
Tambah beliau, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).-
Baca Juga: PRU-15: Dr Dzulkefly ikrar terus menyantuni, membela rakyat di Kuala Selangor
Baca Juga: Buat Grab sebab nak sara hidup, ramai sebak tengok atuk 68 tahun gigih jadi rider hantar makanan