Tidak tahu apa yang bermain dalam minda remaja berusia 16 tahun ini hingga sanggup membuka dan mengira wang tabung masjid sebelum melarikan duit tersebut. Namun dia tidak sedar semua aksinya itu dirakam televisyen litar tertutup (CCTV).
Remaja tersebut akhirnya ditahan kerana kes mencuri wang dari tabung masjid Pekan Sanglang, Ayer Baloi, Pontian, Sabtu lalu. Kejadian tesebut tular di media sosial selepas dimuatnaik sebuah akaun di Twitter.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, pihaknya mengesan kejadian itu menerusi satu video berdurasi 2 minit 19 saat yang dimuat naik dalam sebuah akaun Twitter pada pukul 9.46, Ahad lalu.
“Video berkenaan memaparkan seorang lelaki membuka tabung masjid dan mengira semua warga berkenaan di dalam masjid tanpa menyedari perbuatannya dirakam televisyen litar tertutup (CCTV).
“Hasil siasatan pihak polis kejadian tersebut berlaku pada 20 November lalu pada pukul 10.58 pagi di masjid berkenaan.
“Susulan itu pada 23 November pihak pengurusan masjid membuat laporan di Balai Polis Air Baloi,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Berdasarkan maklumat yang dikumpul pada 3 petang, 23 November lalu, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian menahan remaja berkenaan.
“Kertas siasatan dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan, jika disabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan juga denda,” ujarnya.
Baca Juga: Hanya pegang tangan berjalan di tasik – ‘Atok’ Squid Game nafi buat hal tak senonoh