closeup view of an ecg ekg monitor on a operating room

Tak tahan bising mesin ventilator, warga emas matikan mesin bantuan pernafasan dua kali

  • Post author:

Hanya kerana tak tahan dengan bunyi bising daripada mesin ventilator, warga emas di Jerman sanggup matikan alat bantuan pernafasan pesakit lain petang Selasa lalu.

Pihak berkuasa Jerman berkata, wanita berusia 72 tahun itu ditahan selepas dipercayai melakukan perbuatan itu sebanyak dua kali. Kejadian dikatakan berlaku  di sebuah hospital di bandar barat daya, Mannheim.

Wanita tersebut dikatakan telah dipenjarakan kerana disyaki cubaan membunuh kerana perbuatannya itu berisiko mengancam nyawa pesakit terbabit.

Polis dan pendakwa raya berkata dalam satu kenyataan, suspek didakwa mematikan alat pernafasan wanita berusia 79 tahun.

Walapun telah diberi amaran oleh kakitangan untuk tidak mematikan mesin, suspek tetap melakukannya pada waktu petang.

Pesakit yang dimatikan mesin itu terpaksa dibangunkan semula walaupun nyawanya tidak dalam bahaya, dia masih memerlukan rawatan rapi.

Susulan insiden itu, suspek dibicarakan di mahkamah sebelum dijatuhi hukuman penjara.

Baca Juga: Kasih seorang adik, sanggup kumpul duit 12 tahun untuk lihat abangnya kahwin

Baca Juga: Netizen sebak tengok rakaman bapa menangis tersesak-esak lepas gagal selamatkan anak dibaham buaya