Kanak-kanak pastinya suka akan lagu ‘Baby Shark’ namun pastinya akan bosan jika asyik mendengar lagu tersebut berulang-ulang. Inilah yang terjadi kepada seorang banduan yang maut selepas dipaksa mendengar lagu tersebut secara berulang.
Banduan yang maut itu juga dikatakan salah seorang daripada empat banduan yang pernah failkan saman dengan mendakwa mereka dipaksa dan didera dengan lagu kanak-kanak tersebut.
John Basco ditemui tidak sedarkan diri di dalam penjara oleh salah seorang pegawai polis di ketika membuat rondaan di Pusat Tahanan Daerah Oklahoma itu, namun terlambat apabila mangsa yang berusia 48 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.
Ahli keluarga juga telah dimaklumkan mengenai berita tersebut namun punca kematian lelaki berkenaan masih belum dapat dikenal pasti. Difahamkan, perbicaraan yang seterusnya mengenai tuntutan penderaan tersebut dijadualkan pada 22 September ini.
Baca Juga: 11 mangsa sindiket penipuan tawaran kerja selamat tiba di Malaysia