Tak tahan dikejar pengutip hutang anak, ibu nekad nak jual buah pinggang

Sudahlah ibu menghabiskan duit nak membesarkan anak, bila dah besar boleh pula berhutang. Kemudian dibiarkan ibu terkapai-kapai mahu membayar hutang sehingga tak tahan dan buat keputusan untuk menjual buah pinggang sendiri.

Kejadian yang berlaku di Tuban, wilayah Jawa Timur menarik perhatian ramai yang kesiankan si ibu apabila anaknya dikatakan hilang kerana melarikan diri.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna, Buk Camat, dapat dilihat seorang wanita dikenali ER berdiri di tepi jalan sambil memgang poster Dijual ginjal’ beserta nombor telefonnya.

Wanita itu kemudiannya dihampiri oleh pasukan Unit Polis Perkhidmatan Awam yang sedang meronda pada ketika itu sebelum dibawa ke pejabat khidmat sosial untuk memberi keterangan.

Dia mahu menjual buah pinggang untuk melangsaikan hutang anak kedua yang capai ratusan juta rupiah. Tidak tahan anak larikan diri dan dia terpaksa melangsaikan hutan selama setahun namun masih tidak selesai.

“Hutang anak saya lebih 200 juta rupiah (RM57,300) dan dah lebih setahun dia tak bayar.

“Anak menghilang sebab tak nak bayar,” kata ibu tunggal kepada tiga orang anak itu.

Mulakan perniagaan tapi tak bayar hutang

Anak yang menyusahkan itu sudah berusia 31 tahun dan membuat pinjaman untuk mulakan perniagaan tapi tak sanggup bayar hutang dan faedah pinjaman. Bila dikejar pengutip hutang, terus lepaskan beban pada ibu yang tak bersalah.

“Saya ditagih hutang sehinggakan mereka datang ke rumah saya. Wang bayaran bulanna adalah berbeza. Ada yang 800,000 (RM229) sehingga satu juta rupiah (RM286).”

Baca Juga: 22 tahun jadi aktivis, Fahmi Reza beritahu pendirian ‘tak suka idolakan orang lain, dan tak suka dijadikan idola’

Baca Juga: “We go international!” – Ramai terhibur tengok bendera HARAPAN berkibar dekat Piala Dunia Qatar