Tak tahan tanggung hutang, lelaki buat keputusan lari ke landasan kereta api

Sudahlah hutang tak habis bayar, sanggup pula bunuh diri dan biarkan isteri menanggung hutang berjumlah 3.5 juta rupiah (RM1,063). Edi Siswanto tidak berfikir panjang apabila membiarkan dirinya dilanggar kereta api di stesen Pagaden Baru, Subang, Jawa Barat, Ahad lalu.

Penduduk di Kampung Soklat mendakwa mangsa nekad membunuh diri selepas hidup dibelenggu dengan hutang lapor Kompas.

Ketua Polis Pagaden, Senen Ali berkata, mangsa menuju ke landasan kereta api itu dengan menaiki kenderaan Suzuki Pickup T8552AH.

“Maklumat dari saksi mengatakan mangsa keluar dari bilik air dan duduk di kerusi stesen kereta api tersebut.

“Ketika kereta api dalam perjalanan dari Jakarta ke Pasar Turi Surabaya melalui laluan di stesen berkenaan, lelaki itu sengaja berlari ke landasan sebelum dilanggar,” katanya.

Senen berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Subang dan pihaknya turut menemukan sebuah wasiat di dalam kenderaan yang dinaiki mangsa.

“Kita mengesyaki mangsa terdesak bunuh diri akibat hutang dan meninggalkan pesanan kepada isterinya supaya melangsaikan hutang 3.5 juta rupiah itu,” katanya.

Baca Juga: MAQIS rampas 55 tan daging kerbau tanpa tulang bernilai RM871,000

Baca Juga: MP perlu sokong pindaan agar wanita diberi hak wariskan kerakyatan pada anak yang lahir di luar negara