Tak wajib pakai pelitup muka disekolah kecuali bergejala

  • Post author:

Para pelajar tak perlu lagi memakai pelitup muka di sekolah namun Kementerian Pendidikan mewajibkan buat semua murid atau individu yang bergejala seperti demam, batuk dan selsema

Tetapi pemakaiannya di luar bangunan kawasan institusi pendidikan pula adalah amat digalakkan.

“Di samping itu, murid diwajibkan memakai pelitup muka semasa menaiki bas atau van sekolah atau perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas, kereta api, teksi termasuk perkhidmatan e-hailing.

“Ketetapan ini turut terpakai untuk semua institusi pendidikan bawah KPM serta disarankan agar ketetapan ini turut terpakai di semua institusi pendidikan yang tidak berdaftar dengan KPM, termasuk institusi pendidikan bawah kerajaan negeri,” katanya hari ini.

Tak wajib dalam bangunan, luar bangunan perlu pakai semula

Sebelum ini, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, pemakaian pelitup muka sama ada di dalam atau di luar bangunan sekolah adalah tidak lagi diwajibkan namun pemakaiannya adalah digalakkan.

“Esok sekolah-sekolah di negeri kumpulan A akan memulakan sesi persekolahan dan lusa adalah untuk negeri kumpulan B jadi ramai yang bertanya apakah ketetapan KPM berkaitan pemakaian pelitup muka di kawasan sekolah.

“Pemakaian pelitup muka adalah tidak diwajibkan namun KPM menggalakkan pemakaiannya sewaktu berada di dalam kawasan sekolah khususnya di tempat yang ramai orang,” katanya menerusi satu video yang dimuat naik ke platform media sosial hari ini.

Baca Juga: Tak perlu lagi pakai pelitup muka dalam bangunan tertutup

Baca Juga: Pemuda ini tunjuk realiti sebenar penghuni flat di Hong Kong, rumah pun ada yang macam sangkar