Tindakan seorang remaja lelaki yang tampar dan tendang perempuan berkali-kali mengundang kecaman dan kemarahan netizen apatah lagi bila tiada seorang yang membantu mangsa yang kesakitan.
Videeo berdurasi 18 saat itu menunjukkan remaja lelaki itu dilihat beberapa kali menampar muka perempuan terbabit hingga tertolak ke dinding lapor Harian Metro.
Tidak berhenti setakat itu, remaja tersebut terus menyerang dan menendang sebelum dia menampar muka mangsa dengan selipar pula.
Perempuan tersebut dilihat tidak melawan dan hanya menangis kerana menahan kesakitan sambil memegang kepalanya di tepi dinding.
Dalam kejadian itu, rata-rata netizen mengecam perbuatan lelaki terbabit kerana terlalu ganas dan juga tukang rakam yang hanya gelak dalam situasti terbabit.
Setakat ini tidak dipastikan bila kejadian itu berlaku namun lokasi kejadian seperti di sebuah pusat beli belah di Kota Kinabalu.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah ketika dihubungi berkata, pihaknya belum menerima sebarang maklumat atau laporan polis mengenai kejadian itu sama ada benar ia berlaku di Kota Kinabalu.
Bagaimanapun katanya, pihaknya sedang menjalankan siasatan mengenai video tular berkenaan dan meminta kerjasama dari semua pihak untuk tampil memberikan maklumat mengenai kejadian itu.
Baca Juga: Insiden bas persiaran terbakar, kesemua 31 penumpang selamat
Baca Juga: Pinjaman beli rumah dan kereta tak dapat dielak, hutang keliling pinggang bukan berlagak kaya