Tarik seluar perempuan masa tengah tidur, tiga pelajar lelaki ditahan

  • Post author:

Kelakuan pelik tiga pelajar lelaki setelah ditangkap warden akhirnya bongkar perangai jijik mereka apabila ditahan selepas pelajar perempuan buat laporan polis seluar dalam mereka ditarik semasa sedang tidur.

Alasan mereka ketika ditahan warden adalah kerana ingin mengambil barang di asrama perempuan. Kejadian tersebut dikatakan berlaku di sebuah sekolah berasrama penuh di Alor Setar, Khamis lalu.

Menurut sumber, pelajar perempuan tingkatan satu berkenaan mendakwa pada hari kejadian dia tidur di lantai bilik asrama sebelum terasa ada seseorang menarik seluarnya.

“Remaja perempuan itu dalam laporan polis mendakwa kejadian terbabit berlaku pada 2.30 pagi dan dia yang terkejut apabila seluar ditarik terus terjaga daripada tidur.

“Ketika itu, pelajar perempuan berkenaan memberitahu yang dia ternampak seorang lelaki tidak dikenali yang kemudian bersembunyi di bawah katil di sebelahnya,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang masih dalam keadaan terkejut turut melihat seorang lagi lelaki berada bawah katil sama dengan lelaki yang menarik seluarnya sebelum itu.

“Bimbang identiti mereka terbongkar sekiranya mangsa menjerit atau membuat kecoh, dua pelajar lelaki berkenaan terus berlari keluar dari bilik asrama itu.

“Namun, tindakan mereka melepaskan diri itu gagal apabila ditahan warden yang kebetulan melakukan rondaan di kawasan asrama terbabit,” katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati semua yang ditahan warden itu terdiri daripada tiga pelajar lelaki tingkatan dua dan mereka dikesan berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan asrama pelajar perempuan.

“Semua pelajar terbabit kemudian mendakwa yang mereka berada dalam bilik asrama perempuan ketika itu kerana mahu mengambil barang.

“Bagaimanapun, alasan diberikan tidak masuk akal dan pelajar perempuan yang mendakwa ditarik seluar ketika tidur oleh kumpulan pelajar lelaki itu tampil membuat laporan polis,” katanya.

Menurutnya, setakat ini polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes terbabit.

Baca Juga: PPS Dewan Gunung Semanggol ditutup sepenuhnya petang ini

Baca Juga: Jerit pekik anak muda sampai awal pagi, lagu Maya Karin diulang-ulang hantui orang kampung