Tebar roti canai guna sebelah tangan, wanita kagum lihat lelaki OKU bekerja

  • Post author:

Tidak menjadikan kekurangan sebagai halangan untuk bekerja, pelanggan dan warganet kagum melihat kesungguhan lelaki ini menebar roti canai dengan hanya sebelah tangan.

Walaupun tergolong dalam Orang Kurang Upaya (OKU), ia tidak menghalang lelaki ini untuk terus bekerja sebagai penebar roti canai di pasar borong Melaka.

Seorang pengguna TikTok, Amylia Rahman (@Amyliarahman) memuat naik video yang memperlihat lelaki tersebut menebar roti canai dengan hanya sebelah tangan. Video tersebut mendapat jumlah tontonan sebanyak 69,000 dan hampir 4,000 tanda suka.

@amyliarahman

Kagum betol tengok abang ni tebar dan terbangkan roti canai, smooth 🤩

♬ Dj Tiba Tiba Aku Melayang Fyp Viral – Donny Fernanda

Skill yang ditunjukkan oleh lelaki ini juga bukanlah biasa-biasa. Dengan aksi yang dilakukan, kita yang dua tangan ini pun tak mampu lakukan. Lelaki ini juga lebih dikenali sebagai roti canai Abang Ujang.

“Kagum betul tengok abang ni tebar dan terbangkan roti canai, smooth!”, kata pemilik video yang merupakan pelanggan di Ujang Asam Pedas Claypot tentang keterujaannya melihat OKU tebar roti canai tersebut.

Warganet membanjiri video tersebut dengan pujian kepada ellaki yang tidak menggunakan kekurangan untuk meraih simpati malah menggunakannya untuk mencari bakat yang terpendam dalam dirinya.

komen mengenai penebar roti canai

komen mengenai penebar roti canai
komen mengenai penebar roti canai

Baca Juga: Remaja mengaku lakukan seks dengan lelaki 20-an, ibu terkejut dapat cucu lepas bawa pergi hospital

Baca Juga: Menghampiri PRU15, mood rakyat memihak kepada Anwar