Sempena hari Jumaat Hari Jawi ini, cuba anda jawab teka-teki ala Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ini. Boleh juga dicuba nanti buat modal untuk ‘jentik’ pemikiran anak.
Dalam masa sama dapat juga mengasah lagi kemahiran menguasai tulisan jawi terutama huruf-huruf yang hanya ada dalam sebutan Melayu.
Abjad Jawi seperti ca (چ), nga (ڠ) dan nya (ڽ) tidak ada di dalam abjad Arab.
Itu sebabnya, hanya orang yang mahir jawi akan tertawa dengan babak jenaka dalam filem P. Ramlee berjudul Tiga Abdul.
Teka-tekinya berbunyi, “di atas langit, di bawah bumi, apa di tengah-tengahnya?
Jawapannya, ialah tiga titik iaitu ڽ.
Apa kata cuba teka teka-teki dalam kartun grafik di atas.
Transliterasi ke tulisan rumi ialah:
Hujan turun
titik ‘nya’ ada berapa
mana boleh kira, kan banyak
boleh
titik ‘nya’ ada tiga.
Baca juga Bahaya minum air hujan, profesor ini dedah kawasan terpencil pun tidak terkecuali
Baca juga Cahaya menerangi hingga ke Jumaat berikutnya, ini manfaat amal baca Surah al-Kahfi