[Vid] Telatah comel kanak-kanak ini buat netizen geram dengan dia

  • Post author:

Seperti yang kita tahu, memiliki anak kecil atau kanak-kanak sudah pastinya mampu menceriakan dan memeriahkan lagi suasana, tidak kira di dalam atau luar rumah.

Setiap hari ada sahaja telatah dan gelagat mereka ini yang menghiburkan kita semua.

Bukan saja mulut mereka yang banyak bercakap itu ini, malah sikap mereka juga boleh membuatkan kita terhibur.

Terbaru menerusi video tular di laman tiktok yang dimuat naik oleh @thoihuz, kelihatan seorang kanak-kanak perempuan sedang belajar mengaji dengan seseorang yang difahamkan merupakan bapanya.

Namun yang mencuri perhatian netizen adalah gelagat kanak-kanak itu yang memberikan riak muka apabila dia dipaksa mengaji oleh kedua ibu bapanya.

“Didik dari awal untuk kebaikan anak kita,” tulis @thoihuz menerusi video.

 

“Untung dik ayah awak tk garang. abah aku klw tk baca dulu sebelum dia semak habislah dia tepuk lantai je laju aku ngis.

“Chomeyy jer bila buat muka terpaksa tu'”

“Terbaik..didik lh anak dgn baik semoga adk comel menjdi ank yg berjasa pada ibu bapa dan keluarga 1 hari nnt,” tulis pengguna laman maya itu.

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 812k tontonan, 56.5k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata terhibur dengan kanak-kanak itu.

Baca Juga: 21 tahun jadi pemandu ambulan, lelaki tak tahan sebak bawa jenazah anak terlibat kemalangan

Baca Juga: Cinta tak kenal siapa… netizen sangka pasangan ini anak dan bapa…