Terbaik abang lori! Budi bahasa di mana sahaja

  • Post author:

Sejak dahulu lagi, kita diperkenalkan dengan amalan berbudi bahasa yang melambangkan budaya kita.

Tidak kira peringkat umur atau pun latar belakang, berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat sememangnya amalan yang mulia.

Realitinya, di mana-mana sahaja kita boleh berbudi bahasa, bukan sahaja melalui percakapan, malah dengan ‘sikap’ kita di atas jalan raya juga budi bahasa itu boleh diterjemah.

Contohnya, baru-baru ini tular video abang lori menulis perkataan TQ (terima kasih) di atas kotak, sebaik diberikan ruang untuk menukar laluan ke kanan jalan.

‘Budi bahasa’ secara bertulis yang dilakukan abang lori itu ternyata mengagumkan netizen.

“Bagusnya dia, bagus kalau ramai-ramai macam ni.. nak berbudi bahasa macam2 cara boleh kan.. kita buat baik dengan orang, org akan doakan yg baik2 utk kita,”

“Salute, benda ni kena jadi normalisasi,”

Itu antara komen-komen netizen untuk apabila melihat video tular itu.

Baca Juga: KPDNHEP, MAFI tangani masalah kurang ayam, telur

Baca Juga: Lori tukar laluan waktu sesak jadi punca utama dua kematian