Terbaik lah! Tindakan gadis ni terhadap sekumpulan monyet undang rasa kagum netizen

  • Post author:

Biasanya orang akan lari bila terjumpa dengan monyet liar sebab sesetengah haiwan itu kadang kala akan bertindak ganas terhadap manusia.

Namun, baru-baru ini tular video seorang gadis sedang beramah mesra dengan monyet-monyet tanpa rasa takut.

Tindakan dilakukan gadis itu ternyata membuatkan netizen berasa kagum dengan keberanian yang ada pada wanita berkenaan.

Bukan sahaja duduk bersila sambil memberi makan kepada monyet- monyet itu, tetapi dia kelihatan selesa sambil memberikan roti untuk santapan haiwan itu.

Menjengah ke ruangan komen, netizen nampaknya terpegun melihat gadis itu yang tidak takut berada bersama sekumpulan monyet liar.

“Boleh dia bersila hadap monyet tu.. kalau aku mau tak cukup tanah aku lari..,”

“Amboi kak.. dah macam buat reunion dengan kawan-kawan sekolah..,”

“Steady ek dia!,”

Itu antara komen netizen yang ditujukan kepada gadis berkenaan yang dilihat bersahaja lepak dengan monyet.

Baca Juga: Risau adik terjatuh, kucing ini jadi ‘penyelamat’, netizen tersentuh lihat apa yang kucing itu buat

Baca Juga: IQ masing-masing kat tapak kaki, lelaki bengang tiktoker buat lawak rogol di ‘live