Tergelincir masa mahu buang air besar, kanak-kanak tahan sakit setengah jam sebab kaki tersepit

Hanya kerana tergelincir, seorang kanak-kanak lelaki yang mahu membuang air besar terpaksa menahan sakit selama 30 minit selepas kakinya tersepit dalam mangkuk tandas.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian yang berlaku di Taman Sri Rambai jam 8.42 malam semalam.

“Sepasukan enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor dikejarkan ke tempat kejadian.

“Tiba di lokasi, bomba mendapati seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun tersepit pada bahagian kaki kirinya di dalam lubang tandas jenis cangkung,” katanya.

Ambil masa 15 minit untuk keluarkan kaki mangsa

Anggota bomba dikatakan mengambil masa kira-kira 15 minit bagi mengeluarkan kaki mangsa yang tersepit dengan memecahkan mangkuk tandas menggunakan peralatan khas lapor Harian Metro.

“Ahli keluarga sebelum itu berusaha mengeluarkan kaki mangsa namun gagal.

“Kanak-kanak lelaki itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Baca Juga: Wajah ‘awet muda’ wanita ini, buat netizen terfikir-fikir usia sebenar dia

Baca Juga: Akibat tolak ajakan bertemu 11 malam, wanita 21 tahun diugut sebar video intim