Wanita pastinya suka jika selalu menerima jambangan bunga daripada orang tersayang. Pelakon dan model, Nasha Aziz juga dikatakan menerima jambangan bunga daripada seseorang yang istimewa dalam hidupnya.
Nasha berkata, pemberian tersebut semestinya juga dilakukan insan yang menyayanginya. Dia juga merasa dihargai selain menyataka ia ibarat simbolik cinta buatnya.
“Saya rasa itu simbol cinta. Betul tak? Simbolik bunga itu adalah mungkin supaya saya selalu mengingatinya.
“Kerana mungkin dengan sifat itu (beri bunga), dia boleh menarik perhatian saya dengan memberikan bunga,” katanya yang sudah mengenali individu rahsia itu sejak sembilan bulan lalu.
Nasha yang kini berusia 51 tahun juga merasa seperti dilamun cinta setiap hari dan mengingatkan orang ramai cinta ini tak semestinya hanya hadir secara spesifikasi untuk individu sahaja tapi untuk semua orang lapor Kosmo.
“Saya memang dilamun cinta setiap hari. Saya memang mencari cinta pada setiap waktu.
“Cinta itu bukannya datang dari seorang lelaki dan wanita saja, tapi kita semua,” ujarnya.
Baca Juga: Digelar secondhand dan kereta terpakai, Fatin Afeefa tak hirau cacian
Baca Juga: Bella nampak ceria hadir ke mahkamah pakai baju Elsa