“Terima kasih yang doakan saya,” – Nash

  • Post author:

Bekas vokalis kumpulan Lefthanded, Datuk Nashrudin Elias atau lebih dikenali sebagai Nash, merakamkan ucapan terima kasih atas doa yang dititipkan kepadanya.

Semalam, Nash memohon orang ramai mendoakan agar dirinya kembali pulih selepas mengalami kekejangan dan sukar bergerak.

Menerusi perkongsiannya di Facebook, penyanyi berusia 63 tahun ini memberitahu kejadian tersebut berlaku ketika dia dalam keadaan tergesa-gesa untuk menghadiri dua majlis perkahwinan sejurus pulang dari Sarawak.

Bagaimanapun, di Facebooknya hari ini Nash menulis mengenai perkembangan terbaharu dirinya.

“Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah syukur pada Allah. Saya nak rakamkan ucapan terima kasih yang amat sangat buat seluruh sahabat2 dlm fb saya ini atas doa dan ucapan untuk saya. Memang saya hadapi kesakitan pinggang saya yang amat sangat, tapi tidak lah sampai kritikal.

“Sehinggakan ada saudara mara serta adik beradik saya dan juga sahabat2 baik saya call saya tanya betul ker yang saya ni dlm keadaan teruk sangat dan kritikal. Ada yg menangis teresak esak bila dengar suara saya dlm phone.

“Apapun saya maafkan mereka yang buat lapuran perkara yg tak betul dan juga mereka yg uploadkan balik gambar semasa saya dalam kemalangan jalan raya 2 tahun lepas. Tak apa lah perkara dah pun berlaku, saya maafkan. Terima kasih sekali lagi dan saya juga doakan yang baik2 untuk semua. Aamiin Ya Rabbal Alamiin,” tulis Nash.

Baca Juga: Robot berjaya buang tumor pesakit

Baca Juga: Guna wang simpanan sebanyak RM1,000 untuk bina bangsal terapung, cuba selamatkan barangan rumah sebab banjir setiap tahun