Sudah menjadi adat pertandingan, tak semua fasa itu senang tanpa ada cabaran. Walaupun ramai menyalahkan Bob Yusof sebab bagi lagu susah dan terima komen negatif daripada juri, bagi Tomok ia adalah salah satu lagu yang ingin dibawakan olehnya sendiri.
Lagu Awas merupakan salah lagu pilihan yang ingin dinyanyikan Tomok, dan Bob hanya mengambil lagu daripada senarai pilihan tersebut disamping itu Bob hanya ingin melihat kebolehan Tomok untuk melakukan rap.
“Saya akui lagu Awas sangat mencabar kemampuan dan sedar memang ada kesalahan dilakukan untuk persembahan tersebut sehingga menjejaskan kualiti nyanyian.
“Jadi, tolong jangan salahkan Bob. Dia hanya ambil lagu daripada senarai ‘wishlist’ saya dan bukannya membuat pilihan sendiri,” katanya kepada Kosmo! Online semalam.
Sementara itu, Bob turut memohon maaf kepada peminat Tomok dan menegaskan tidak mempunyai niat untuk merosakkan persembahan rakannya lapor Kosmo.
“Di sini saya mohon maaf kepada semua peminat Tomok, tiada istilah dengki atau ingin menjatuhkan kedudukannya dalam GV9.
“Saya hanya pilih lagu ini kerana percaya dia boleh lakukan dan mencuba genre lain, malangnya saya pula dipersalahkan.
“Apa pun syukur dia masih lagi ada dalam GV9, malah kami akan berduet pula pada minggu depan,” katanya.
Tak sabar nak menantikan Bob dan Tomok untuk lagu duet bersama menerusi lagu Seniman Menangis untuk konsert separuh akhir minggu ini.
Baca Juga: PRU-15: Adly optimis Pelan Alor Gajah Berwibawa mampu dilaksanakan
Baca Juga: Siapa bakal bentuk kerajaan selepas PRU15? Ini nasihat kepada pengundi atas pagar